kata bulat | persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkenan | izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkenan | izin atau persetujuan yg diberikan oleh seseorang atau sesuatu pihak supaya sesuatu arahan dpt dilaksanakan. ~ diraja izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb utk melaksanakan sesuatu arahan atau utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang. ~ Duli Yang Maha Mulia izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong utk melaksanakan sesuatu arahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persetujuan | 1 pernyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persetujuan | 1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persetujuan | 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak-pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar |
persetujuan | 1 pernyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. | Kamus Pelajar |
muafakat | 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perjanjian | 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ perdagangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompromi | persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara bertolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetujuan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |