atur cara | 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): ~ persidangan adalah mengikut aktiviti jawatankuasa dan kumpulan tertentu; masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data diproses (oleh komputer); pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer; pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh di-proses oleh komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Komanwel British | perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua Komanwel, persemakmuran; persidangan perdana menteri ~ persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Komanwel | (komanwél) perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua Komanwel, persemakmuran; persidangan perdana menteri ~ persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persidangan | perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya sehingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persidangan | perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persidangan perdana menteri Komanwel | persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persidangan berkomputer(computer conferencing) | Persidangan yang dilakukan melalui peralatan komputer yang disambungkan dalam rangkaian. | Kamus Komputer |
agung I | 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadir | ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri; 2. sl menghimpunkan, mengadakan, menyediakan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang; tuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerusi | 1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemasan; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |