silang | bentuk pangkah spt bentuk tanda campur (+) atau tanda darab (x). ~ empat simpang empat di jalan-jalan. ~ kata teka-teki utk mengisikan huruf-huruf tertentu di dlm petak-petak yg disediakan. bersilang yg satu melintangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. menyilang memotong yg lain (bkn garis, jalan dsb). silang-menyilang berselisih atau berpapasan letaknya; palang-memalang; bersimpang-siur (bkn jalan, kenderaan dll). menyilangi (bkn garisan) melintasi atau memotong garisan lain. menyilangkan meletakkan atau menyusun bersilang: Dia berbaring di atas katil sambil ~ tangan ke dada. persilangan 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; persimpangan. penyilangan perbuatan, proses dsb menyilangi atau menyilangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silang | 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persilangan | 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; persimpangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persilangan | 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persilangan | 1 keadaan atau hal bersilang. | Kamus Pelajar |
titik II | 1. tanda yg bulat halus (utk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tumpuan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menengah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan permulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut | 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudutsudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulang I | 1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya: ~ ayam; ~ ikan; ~ dadanya retak akibat kemalangan itu; 2. ki sesuatu yg menyerupai tulang atau rangka; ~ daun urat pd daun; ~ andas salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dgn tulang tukul; ~ ari-ari = ~ som tulang pd bahagian ari-ari; ~ air mata tulang yg nipis spt sisik terdapat pd sebelah atas rongga mata; ~ belakang a) = ~ punggung Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c) bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; ~ belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk tulang yg berbentuk spt kipas pd belikat; ~ belulang tulang dan kulit sahaja; ~ belut sj jahitan yg umumnya terdapat pd baju teluk belanga; ~ benih Kl senjata utk membunuh; ~ bercagak = ~ pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah; ~ bercerai = ~ berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yg tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); ~ betis a) = ~ kering tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki; b) tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki pd sebelah belakang, fibula; ~ buku bahagian belakang buku; ~ buku lali tulang yg berbonggol hampir dgn pergelangan kaki; ~ bumbung kayu yg membujur pd bumbung rumah (utk menyangga kasau); ~ cagak = ~ pipi tulang di antara rongga mata dgn telinga; ~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati tulang yg lembut pd hujung tulang dada; ~ cenak tulang yg melintang dr pangkal leher hingga ke pangkal bahu; ~ cenonot = ~ kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pd bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung; ~ dada = ~ papan = ~ rimau menangis tulang yg pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum; ~ dahi tulang pd bahagian dahi; ~ daun a) tulang belikat; b) urat pd daun; (dgn) ~ delapan kerat ki hanya tubuh sahaja; ~ empat kerat anggota badan (kaki dan tangan); ~ gigi = ~ rahang bawah tulang yg membentuk dagu (tempat gigi bawah melekat); ~ godok kepala tulang pd bahagian belakang tengkorak; ~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang yg lunak atau lembut; ~ hasta tulang tangan yg di sebelah dalam; ~ hitam bp sumsum; ~ kamkam tulang cagak; ~ karang tulang yg rupanya spt karang; ~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur; ~ kemburan tulang pd tapak tangan; ~ keng bahagian hujung tulang rahang; ~ kering tulang pd bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pd bahagian kaki dr lutut ke buku lali; ~ ketuk jari buku jari (utk meluku); ~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang dr bahu hingga ke siku; ~ langit-langit tulang yg di sebelah atas mulut (pd langit-langit); ~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yg beruas-ruas pd leher; ~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan tulang selangka; ~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol tulang betis hampir dgn pergelangan kaki (tulang buku lali); ~ mereh tulang spt tapak kuda yg hampir dgn pangkal lidah; ~ paha = ~ selangka katak tulang dr lutut hingga ke pangkal paha; ~ pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yg lebar pd bahagian pinggang hingga ke punggung; ~ pantat = ~ punggung = ~ pelana bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali; ~ papan pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang belakang dr pinggang ke punggung, sulbi; ~ pelipis = ~ pelipisan = ~ tudung bahagian tulang tengkorak di antara dahi dgn telinga; ~ pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dgn pergelangan tangan yg di sebelah luar; ~ perabung kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); ~ pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dgn buku lali; ~ pergelangan tangan tulang yg menghubungkan jari dgn lengan, buku tangan, sendi tangan; ~ pukang a) tulang pangkal paha; b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya; ~ rahang tulang tempat gigi melekat; ~ rakap salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn dua tulang kecil yg lain (andas dan tukul); ~ rangka segala tulang yg menjadi rangka tubuh badan, kerangka; ~ rawan a) tulang muda; b) tulang dada (binatang); ~ ruas tulang yg beruas-ruas (tulang belakang dll); ~ ruas jari tulang yg merupakan bahagian drpd jari; ~ rusuk tulang yg melingkungi rongga dada; ~ selangka tulang cenak; ~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping; ~ sumsum tulang yg berisi sumsum, mis tulang belakang; ~ tangan tulang dr siku hingga ke pergelangan tangan; ~ tengkorak dua tulang pd sebelah kiri dan kanan kepala; ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh; ~ tukul salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegendang telinga dan bersendi dgn tulang andas; ~ teras tentera Id ark induk tentera; ~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dgn tulang pelipis; ~ tumit tulang pd bahagian tumit; ~ tongkeng tulang cenonot; ~ tunjang a) tulang di antara jari kaki dgn tumit; b) kaki ayam (burung dll); ~ tutup dahi tulang dahi yg benar-benar di atas mata; minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang; ringan ~ berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn rajinnya tentu akan mendapat rezeki; tinggal ~ dgn kulit = tinggal kulit pembalut ~ prb perihal orang yg sangat kurus; bertulang 1. mempunyai tulang; ikan ~ ikan yg mempunyai tulang; 2. mempunyai rangka atau tulang (drpd besi, kayu, dll); beton ~ Id simen yg dikuatkan dgn besi di dalamnya; lidah tiada ~ prb orang yg mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya; menulangi membuang tulang (ikan dll); tulang-tulangan 1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll); ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong; pertulangan ark (Bali) tempat mayat dibakar; penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |