persisiran | daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai: kawasan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Seletar | (selétar) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut, tinggal dlm perahu, di pulau yg berdekatan pantai dan kuala sungai, ter-utamanya di selatan Johor dan utara Singapura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kuala II | penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jahai | penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di Hulu Perak (Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor) dan Hulu Kelantan (Sungai Rual dan Jeli). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisir II | ; menyisir berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dll): kami mengambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yg ditujui; ~ pantai menyusur pantai; persisiran daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai: kawasan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |