kalah | 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertandingan kalah mati | pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakulti | 1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini;manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~ pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musabaqah | Ar pertandingan: ~ tilawatil Quran pertandingan membaca al-Quran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tewas | (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, kekurangan (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
johan | 1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~ arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju; kejohanan pertandingan dsb utk menentukan johan, kejuaraan; ~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk menentukan johan yg penyertaannya dibataskan kpd petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg menganjurkan kejohanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertandingan | 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertandingan | 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertandingan | 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. | Kamus Pelajar |
pertandingan | 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. | Kamus Pelajar |