Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertandingan;

Peribahasa

Seperti denak mencari lawan.

Bermaksud :

Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kalah1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertandingan kalah matipertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
fakulti1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini;manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~ pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
musabaqahAr pertandingan: ~ tilawatil Quran pertandingan membaca al-Quran.Kamus Dewan Edisi Keempat
tewas(téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
johan1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~ arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju; kejohanan pertandingan dsb utk me­nen­tukan johan, kejuaraan; ~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk menentukan johan yg penyertaannya di­bataskan kpd petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg meng­anjurkan kejohanan).Kamus Dewan Edisi Keempat
pertandingan1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertandingan1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertandingan 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll.Kamus Pelajar
pertandingan 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas