tarung | ; bertarung 1 berlanggar atau berhantuk dgn sesuatu (bkn kereta dll). 2 bertanding dlm sukan dll; beradu: Beberapa orang peserta yg handal akan ~ dlm pertandingan itu. 3 bergaduh; berkelahi; berperang. tertarung terlanggar pd sesuatu; terhantuk; tersandung: Kakinya ~ pd batu. pertarungan 1 pertandingan dlm sukan dll; peraduan; perlawanan. 2 perbuatan atau hal bertarung; perkelahian; pergaduhan; pertempuran: Satu ~ yg mengerikan telah berlaku antara kedua-duanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tarung | bertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; bertarungan berlanggaran, berbenturan; menarung menyandung, melanggar, membentur, menyentuh; menarungkan, mempertarungkan menjadi-kan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; ~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn; tertarung 1. terlanggar, terhantuk, tersandung, tersentuh: kakinya ~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung; baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahan-nya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani me-nanggung akibatnya); pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak;penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak reaksioner. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertarungan | 1 pertandingan dlm sukan dll; peraduan; perlawanan. 2 perbuatan atau hal bertarung; perkelahian; pergaduhan; pertempuran: Satu ~ yg mengerikan telah berlaku antara kedua-duanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertarungan | 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertarungan | 1 pertandingan dlm sukan dll; peraduan; perlawanan. | Kamus Pelajar |
pergelutan | 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelanggang | 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyaksikan | 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; membenarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saksi | 1 orang yg melihat atau mengetahui sesuatu perkara dan dpt memberikan keterangan: Saya turut menandatangani perjanjian itu sbg ~. 2 orang yg memberikan keterangan di mahkamah bagi pihak pendakwa atau bagi pihak pembela: ~ yg kedua itu dianggap tidak sah. bersaksi 1 ada saksinya: Perkahwinan itu tidak sah kerana tidak ~. 2 mengambil sesuatu sbg saksi atau utk menunjukkan bukti. ~ ke lutut mengambil sanak saudara sbg saksi. menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; membenarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. kesaksian 1 keterangan (bukti dsb) yg diberikan oleh saksi. 2 hal menjadi saksi: ~nya memang tidak dipertikaikan. penyaksian perbuatan atau hal menyaksikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lumba | perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, berlawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiarkan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |