Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
interviu1 pertemuan antara pemberita surat khabar dgn orang-orang tertentu utk mendapatkan fikirannya dll; wawancara. 2 pertemuan antara pihak majikan dgn orang-orang yg memohon pekerjaan; temu duga. menginterviu 1 menyoal orang-orang tertentu dgn tujuan utk siaran akhbar dsb; mewawancara: Pihak akhbar telah ~ salah seorang pemuda yg terselamat dlm kemalangan itu. 2 menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa dsb). penginterviu orang yg menginterviu; pewawancara; penemu duga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
interviu1. pertemuan antara pemberita surat khabar dgn orang-orang tertentu utk mendapatkan fikirannya dll; wawancara. 2. pertemuan antara pihak majikan dgn orang-orang yg memohon pekerjaan; temu duga. menginterviu 1. menyoal orang-orang tertentu dgn tujuan utk siaran akhbar dsb; mewawancara: Pihak akhbar telah ~ salah seorang pemuda yg terselamat dlm kemalangan itu. 2. menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa dsb). penginterviu orang yg menginterviu; pewawancara; penemu duga.Kamus Pelajar
temu; bertemu 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. menemui 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. menemukan 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penye­lidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. mempertemukan 1 mem­bawa atau membuat supaya bertemu: Jika perlu, saya boleh ~ saudara dgn pegawai itu. ~ jodoh mengahwinkan. 2 menjadikan berhubungan atau ber­cantum: Beliau kemudian telah ~ kedua-dua belah hujung dawai itu. pertemuan 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. penemuan 1 sesuatu yg diperoleh atau yg ditemukan. 2 hal atau perbuatan menemui atau menemukan. penemu orang yg menemukan atau yg mencipta sesuatu yg baru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertemuan1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertemuan1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
jodoh1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya; berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), ber­kahwin (dgn); menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; menjodohkan, memperjodohkan me­ngah­­­winkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan; penjodohan perihal menjodohkan sese­orang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya; sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin; penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pertemuan1 perihal bertemu (dgn kawan dll): perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. Kamus Pelajar
temu Ibertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; ~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim (sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka ber-hadapan muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang); menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak ber­jumpa; menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), men-derita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. men-dapati atau menjumpai (sesuatu yg tersem-bunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; mempertemukan 1. membawa (menjadi­kan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. mem-perhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya diper-temukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan); pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; penemuan 1. perihal menemui atau mene­mukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang kimia; penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu.Kamus Dewan Edisi Keempat
buku I1. tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu, dll), sendi (jari, tangan, kaki dll): ~ buluh; ~ jari; 2. bongkah kecil-kecil (gula, tanah, dll), tampang (tembakau); 3. penjodoh bilangan utk benda yg berbongkah: se~ sabun; ~ benang gelendong; ~ kaki buku pd jari kaki; ~ lali mata kaki; ~ lima tangan yg digenggam, tinju; ~ sendi sendi (dlm erti yg umum); ~ dlm hati prb yg terasa dlm hati; bertemu ruas dgn ~ prb sesuai benar; cari umbut kena ~ prb dicari baik, tetapi dapat yg tidak berguna; jangan sangat pemilih, takut terkena ~ buluh = pilih-pilih ruas, terpilih pd ~ prb janganlah terlalu memilih; orang bertemu ~ prb orang yg selalu dlm perselisihan kalau bergaul; berbuku 1. mempunyai buku: buluh ~; 2. berbongkah kecil-kecil: gula itu ~ kerana terkena air; membuku, terbuku 1. menjadi bongkah-bongkah kecil: tepung ~ apabila kena air; 2. terganggu perasaan (dlm hati): sejak itu ~lah dendam dlm hatinya; biarlah aku bercakap melepaskan apa yg ~ dlm hatiku; perbukuan sendi, persendian.Kamus Dewan Edisi Keempat
persilangan1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas