pertimbangan | hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertimbangan | fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertimbangan | hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak yg bkn. | Kamus Pelajar |
ikhtiar | Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taakul | perihal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal. menaakul membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik. taakulan hasil menaakul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taakul | Ar hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; taakulan hasil menaakul; penaakulan perbuatan menaakul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiraan | pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waras | 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewan pertimbangan | dewan penasihat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaakul | membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |