pertuduhan | kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: Dia mengaku tidak bersalah apabila ~ terhadapnya dibaca di hadapan hakim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertuduhan | kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caj | 1. bayaran yg perlu utk sesuatu perkhidmatan atau barang yg dibeli: kenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yg dikenakan oleh LKIM; 2. mengenakan harga (pd barang, perkhidmatan): apa fasal kau ~ lebih? 3. pertuduhan (dlm mahkamah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuduh | ; menuduh 1 menunjuk dan mengatakan bahawa seseorang melakukan sesuatu kejahatan dll: Ia ~ kawannya mencuri wang itu. 2 menyangka seseorang melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang; mendakwa. tuduh-menuduh saling menuduh antara satu dgn yg lain. tuduhan apa-apa yg dikatakan utk menuduh; dakwaan: Semua ~nya tidak benar. pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: Dia mengaku tidak bersalah apabila ~ terhadapnya dibaca di hadapan hakim. penuduh orang yg menuduh; pendakwa. petuduh orang yg dituduh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersadung | sabit II jelas dan terang; pasti: Apabila ~ kesalahannya, hukuman pun dijatuhkan. bersabit berkaitan atau berhubungan: Segala urusan yg ~ dgn nikah kahwin akan diselenggarakan oleh Pejabat Kadi Daerah. menyabitkan menentukan dgn pasti; memastikan; menetapkan: Pihak pendakwa gagal ~ kesalahan yg dituduh. sabitan perkara atau hal yg boleh mengaitkan seseorang dgn sesuatu pertuduhan atau kesalahan: Bagaimanapun, elok diambil ingatan bahawa ~ sahaja tidaklah bererti bahawa seseorang pekerja itu mesti dipecat drpd pekerjaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuduh | ; menuduh 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |