sarkas | 1 pertunjukan kepandaian binatang-binatang bermain (orang melakukan sesuatu yg menakjubkan dll). 2 kumpulan orang dan binatang yg melakukan pertunjukan sarkas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komidi | Id 1. pertunjukan (permainan) sandiwara, lakonan (drama di pentas dsb); ~ bangsawan permainan sandiwara mengenai cerita lama (spt cerita raja-raja dll); ~ gambar ark wayang gambar; gedung (rumah) ~ bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara; 2. pertunjukan (spt gerak badan atau berbagai-bagai jenis senaman) spt bertunggang balik, berayun; bermain ~ a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); ~ kuda permainan sarkas (yg menunjukkan kepandaian binatang); 3. perbuatan yg berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yg dibuat-buat, lawak: Hanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sbg orang sedang merajuk; mengomidikan memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandiwara | 1 pertunjukan sesuatu cerita oleh pelakon-pelakon; pementasan cerita. 2 sesuatu kejadian yg dibuat-buat utk mengelirukan orang. bersandiwara 1 berlakon utk sesuatu cerita; bermain sandiwara. 2 berbuat sesuatu hanya utk mengelirukan orang. menyandiwarakan 1 memainkan sesuatu cerita dsb sbg sandiwara. 2 mengubah sesuatu cerita biasa kpd cerita berbentuk sandiwara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sandiwara | 1. pertunjukan cerita yg dilakon-kan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll); bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; menyandiwarakan 1. melakonkan sandiwara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan; persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara: zaman sebelum perang ada-lah dianggap sbg zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayang | 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyinyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertunjukan | 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertunjukan | 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarkas | 1 pertunjukan kepandaian binatang-binatang bermain (orang melakukan sesuatu yg menakjubkan dll). | Kamus Pelajar |
sandiwara | 1 pertunjukan sesuatu cerita oleh pelakon-pelakon; pementasan cerita. | Kamus Pelajar |
wayang | 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |