Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terma II(Udg) 1. peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak: ~ dlm perjanjian insurans itu mungkin boleh mengehadkan atau menidak­kan tuntutan saudara; 2. perkara yg kepada­nya tertakluk sesuatu keistimewaan; ~ jawat­an (Tadb) perkara yg berkaitan dgn jawatan yg dipegang oleh seseorang, spt faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
untuk1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat
peruntukan1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat
sepeling(sepéling) IB 1. bp peruntukan (wang dll) yg sengaja dilebihkan sedikit drpd yg semestinya, kelebihan; 2. bp longgar (roda dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
peruntukan(allocation)1. Penentuan tempat simpanan blok data kepada blok ingatan tertentu. 2. Proses menempah kawasan ingatan untuk penggunaan suruhan tertentu.Kamus Komputer
substantif1. (Udg) bkn peruntukan hak dr segi undang-undang (berbeza drpd prosedur undang-undang): undang-undang ~ mem­berikan hak, kewajiban, kebebasan, dan kuasa kpd orang ramai; 2. (Cetak) bkn kerja mengedit aspek isi sesebuah manuskrip.Kamus Dewan Edisi Keempat
pos IIIId 1. sejumlah wang bagi peruntukan sesuatu keperluan (pekerjaan dll); 2. bahagian drpd anggaran belanja.Kamus Dewan Edisi Keempat
Perkara II(Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
belanjawan1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadakan1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas