Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rut] | ڤروت

Definisi : 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : ark gulungan benang yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : ; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga (kerangan, pipi), Payena lucida; akar ~ gagak = akar kerbau betina sj tumbuhan (pokok memanjat), Byttneria maingayi; akar ~ kerbau (kijang) sj tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit) hitam, selempah, Gnetum campestre. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : 1 bahagian tubuh sebelah hadapan yg letaknya di antara dada dgn ari-ari: ~nya buncit. 2 alat dlm tubuh yg berupa kantung tempat makanan dicernakan: ~nya sudah kosong. 3 bahagian dlm tubuh perempuan tempat bayi dikandung; rahim: Ketika Jepun kalah perang dahulu, saya masih dlm ~ ibu lagi. ~ babat ruang pertama dan yg terbesar pd perut haiwan pengunyah, tempat makanan menjadi separuh cerna. ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam. ~ jalinan ruang kedua pd perut haiwan pengunyah yg dilapisi membran yg berbentuk spt sarang lebah dan berfungsi sbg tempat terkumpulnya benda-benda yg tidak mudah hadam. ~ kapal bahagian kapal yg di tengah-tengah. ~ kitab ruang ketiga pd perut haiwan pengunyah yg terdiri drpd dinding otot yg pejal dan berfungsi utk memerah air keluar dr bahan makanan sebelum bahan makanan itu masuk ke perut sebenar atau perut masam. ~ laut bahagian dasar laut. ~ masam ruang keempat pd perut haiwan pengunyah yg menjalankan proses pencernaan. ~ muda (panjang) usus; tali perut. ~ padi bahagian batang padi yg besar. ~ tunggal perut yg tidak banyak mempunyai ruang (spt yg terdapat pd perut ayam, itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perut

Puisi
 

Kalau tak tahu jangan digagah,
     Lidah tak nyaman perut pun tak sebu;
Hilir malam mudik tak singgah,
     Buah nipah disangka labu.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memilin1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial;Kamus Dewan Edisi Keempat
usustali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp, ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebu1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll); 3. terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 4. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, me­madat-kan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; kesebuan perihal atau keadaan sebu: ke-upayaan parit dan sungai yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak.Kamus Dewan Edisi Keempat
memiuh1. memegang sesuatu lalu memilin (memutar); 2. memulas (sakit perut): perut ~; ~-miuh tangan meramas-ramas tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pusangark 1. = ~ hati tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; 2. = perut ~ perut busung.Kamus Dewan Edisi Keempat
hadammenjadi hancur atau cair di dlm perut (ttg makanan); cerna: Makanan berlemak susah ~. menghadamkan menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. terhadam sudah dihadamkan; tercerna. penghadaman proses hadam atau menghadamkan (makanan di dlm perut); pencernaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghadamkanmenghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
barutkain yg digunakan utk membalut perut. membarut mengikatkan barut ke perut; membalut perut dgn barut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
barutkain yg digunakan utk membalut perut. membarut mengikatkan barut ke perut; membalut perut dgn barut.Kamus Pelajar
pilin; piuh ~-~ putar balik (percakapan), tipu helah; tangga ~ sj tangga yg berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang; ~ kacang hendak mengebat, ~ jering hendak berisi prb suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya; berpilin 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin ber­kelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial; pilinan hasil memilin, yg dipilin; pemilinan perihal atau perbuatan memilin.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas