utus | ; berutus berkirim surat, berita dll. mengutus 1 mengirim (surat, berita dll): Sudah lama saya tidak ~ surat kpd ibu di kampung. 2 menyuruh orang lain pergi sbg wakil diri: Perdana Menteri telah ~ Menteri Pelajaran ke persidangan UNESCO. utusan orang atau kumpulan orang yg diutus; wakil. perutusan 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. pengutusan perbuatan atau hal mengutus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
utus I | sl suruhan, wakil: adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China; berutus berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~; berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dll): sentiasalah ~ antara satu sama lain; mengutus 1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll), menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya; utusan orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil: keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam; perutusan 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; pengutusan perihal (perbuatan dsb) mengutus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perutusan | 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perutusan | 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perutusan | 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. | Kamus Pelajar |
perwakilan | 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perwakilan | 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakilwakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duta | 1. utusan; raja ~ sl ketua utusan; 2. = ~ besar pegawai diplomatik yg tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing utk tinggal menetap di sana (selama beberapa tahun) sbg wakil kerajaannya; 3. wakil yg dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dsb) ke negara asing (mis utk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dsb): kumpulan kebudayaan dr Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sbg “~” penggalakan pelancongan ke Malaysia; ~ kecil kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg “duta” (utk menggalakkan pelancongan dsb); ~ pengembara Id wakil negara yg pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal; kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; perdutaan ark perutusan ke luar negeri; peduta, penduta ark sl timbalan (penolong) ketua dlm sesuatu utusan: apa nama raja dutanya dan siapa ~nya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wakil | 1 orang yg diberi kuasa utk menggantikan orang lain; pengganti: Ia hadir dlm mesyuarat itu sbg ~ pengarah. 2 orang yg dilantik sbg utusan sesebuah negara, perkumpulan dll: Duta ialah ~ pemerintah sesebuah negara di negara lain. 3 orang yg mengurus perdagangan dll utk orang lain; ejen. ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan. ~ pos pejabat pos kecil di kampung-kampung. ~ rakyat ahli parlimen. ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya. berwakil mempunyai wakil; memakai wakil: Jika tidak dpt datang sendiri, saudara boleh ~. mewakili menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. mewakilkan 1 memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil: Pengundi tidak boleh ~ orang lain utk mengundi. 2 menyerahkan kpd orang lain utk diurus: Dia ~ adiknya utk mengurus perniagaannya. perwakilan 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |