perwakilan | 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perwakilan | 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakilwakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwakilan pengetahuan(knowledge representation) | Susunan dan struktur data bagi mewakili sesuatu butir pengetahuan. | Kamus Komputer |
perwakilan | 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. | Kamus Pelajar |
perwakilan | 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Peking. | Kamus Pelajar |
perwakilan | 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. | Kamus Pelajar |
perwakilan pelengkap(complement representation) | Bentuk perwakilan data yang digunakan bagi mewakili nombor lengkapan. | Kamus Komputer |
perwakilan berkod(coded representation) | Bentuk perwakilan data atau objek yang dikodkan mengikut sistem kod tertentu. | Kamus Komputer |
perwakilan analog(analog representation) | Kaedah perwakilan data yang menyatakan maklumat dalam bentuk nilai boleh ubah yang berterusan. | Kamus Komputer |
demokrasi berparlimen (perwakilan) | pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |