Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
misi I1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kum­pulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan per-hubungan yg paling akrab dgn keperluan negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
paparan(display)1. Perwakilan data secara fizikal pada skrin atau pada salinan keras. 2. Lampu atau peranti penunjuk pada panel konsol sistem.Kamus Komputer
wakil1 orang yg diberi kuasa utk menggantikan orang lain; pengganti: Ia hadir dlm mesyuarat itu sbg ~ pengarah. 2 orang yg dilantik sbg utusan sesebuah negara, perkumpulan dll: Duta ialah ~ pemerintah sesebuah negara di negara lain. 3 orang yg mengurus perdagangan dll utk orang lain; ejen. ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan. ~ pos pejabat pos kecil di kampung-kampung. ~ rakyat ahli parlimen. ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya. berwakil mempunyai wakil; memakai wakil: Jika tidak dpt datang sendiri, saudara boleh ~. mewakili menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. mewakilkan 1 memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil: Pengundi tidak boleh ~ orang lain utk mengundi. 2 menyerahkan kpd orang lain utk diurus: Dia ~ adiknya utk mengurus perniagaannya. perwakilan 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perwakilan1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perwakilan1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
senat/sénat/ 1 majlis perwakilan rakyat yg ahli-ahlinya dilantik; dewan negara. 2 majlis yg mengurus hal-hal akademik di universiti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senat(sénat) 1. dewan perwakilan rakyat yg tertinggi (ahli-ahlinya dilantik), dewan negara; 2. majlis atau badan pentadbir yg utama dan tertinggi di sesetengah universiti: S~ Univer-siti Malaya; 3. Id majlis mahasiswa.Kamus Dewan Edisi Keempat
dokumen(document)1. Sebarang perwakilan dalam bentuk elektronik, magnet, optik, atau kertas yang mengandungi maklumat teks. 2. Fail komputer, helaian kertas yang dicetak, ditulis tangan, atau ditaip, yang dianggap sebagai bukti atau rekod bagi sesuatu urusan.Kamus Komputer
wakil1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, peng­ganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, me­lantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanah­kan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
demokrasi(démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di­kua­sai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau ber­asas­kan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan ber­demo­k­ra­si, menjadikan sesuatu berasaskan de­mo­krasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas