pesara | orang yg bersara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesara | orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesara | pasar: di tempat-tempat ~ orang berjual barang-barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesara | orang yg bersara. | Kamus Pelajar |
sara | pesara orang yg bersara. | Kamus Pelajar |
pekan I | 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan; berpekan-pekan beberapa pekan (minggu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sara | 1 = ~ hidup segala yg diperlukan utk hidup (spt wang, makanan); nafkah. 2 = wang ~ wang bantuan yg diterima; wang sokongan hidup; pencen: Tiap-tiap bulan, dia menerima ~ RM250/- drpd kerajaan. ~ diri sesuatu yg cukup utk keperluan sendiri (bkn hasil tanaman dsb). bersara 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 berhenti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. menyara menanggung sara hidup; memberi sara kpd. persaraan hal atau perbuatan bersara. penyaraan hal atau perbuatan menyara. pesara orang yg bersara. penyara orang yg menyara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sara I | 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |