pesuk | 1. lubang kemik, lekuk (pd talam dll): ~ kopiahnya; 2. tembus, bocor (atap, tikar, dll): jika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada dipakainya; berpesuk-pesuk 1. berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor; memesukkan menjadikan pesuk (kemik), melubangkan: ada yg ~ dinding, ada yg memanjat pagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesuk | 1 lubang pd periuk dll. 2 lekuk atau kemik pd topi dll. berpesuk-pesuk banyak pesuknya; berlubang-lubang; berlekuk-lekuk: Dindingnya ~. memesukkan membuat pesuk pd; melubangi; melekukkan: Ada yg ~ dinding dan ada yg memanjat pagar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesuk | 1 lubang pd periuk dll. 2 lekuk atau kemik pd topi dll. berpesuk-pesuk banyak pesuknya; berlubang-lubang; berlekuk-lekuk: Dindingnya ~. memesukkan membuat pesuk pd; melubangi; melekukkan: Ada yg ~ dinding dan ada yg memanjat pagar. | Kamus Pelajar |
berpesuk-pesuk | 1. berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecak | (pécak) 1. penyek, pesuk, pilih (bola, buah, dll); 2. buta (sebelah mata) yg pecah bola-bola matanya; ~ boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan = bulat segiling = ~ setapik prb Mn sudah sepakat benar, seia sekata; memecakkan memenyekkan, memipihkan: ~ badan di atas tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupak | 1 ukuran isi sebanyak gantang. 2 alat (utk menyukat sesuatu) yg bentuknya bulat torak atau spt tempurung yg besar dan dpt berisi sebanyak gantang. ~ hanyut lenggang yg lemah lembut (perlahan). ~ pesuk orang yg tidak boleh menyimpan rahsia. mencupak menyukat dgn cupak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gantang | 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll); melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi; menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai; ~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupak | 1. ukuran isi sebanyak ¼ gantang. 2. alat (utk menyukat sesuatu) yg bentuknya bulat torak atau spt tempurung yg besar dan dpt berisi sebanyak ¼ gantang. ~ hanyut lenggang yg lemah lembut (perlahan). ~ pesuk orang yg tidak boleh menyimpan rahsia. mencupak menyukat dgn cupak. | Kamus Pelajar |
gong I | 1. sj alat bunyi-bunyian drpd logam yg bertombol (dibunyikan dgn dipalu), canang besar; ~ pelaung sl gong yg dibunyikan utk memanggil; ~ pengerah sl gong utk menghimpunkan (mengerahkan) askar-askar (pekerja-pekerja dll); 2. bunyi spt bunyi canang besar dipalu; mengegongkan memalu gong, membunyikan gong; ~ gong pesuk prb memegahkan kemuliaan (kekayaan dll) yg telah tidak ada lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melonjak | 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |