pesuruhjaya | 1 orang yg ditauliahkan utk memegang sesuatu jawatan atau mengurus sesuatu tugas penting: ~ Sumpah. 2 wakil kerajaan sesebuah negara Komanwel di negara Komanwel yg lain: ~ Tinggi ketua diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesuruhjaya | 1. orang (pegawai) yg dilantik oleh suruhanjaya dll (utk memegang jawatan atau tugas penting); 2. wakil sesuatu kerajaan yg menjadi ahli persatuan negara (Komanwel dll); P~ Tinggi ketua diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesuruhjaya | 1 orang yg ditauliahkan utk memegang sesuatu jawatan atau mengurus sesuatu tugas penting: ~ Tanah dan Galian. 2 wakil kerajaan sesebuah negara Komanwel di negara Komanwel yg lain: ~ Tinggi ketua diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yg lain. | Kamus Pelajar |
komisaris | IB 1. orang yg dilantik utk menjalankan sesuatu tugas (spt menjadi ahli lembaga pengurus pertubuhan, badan perniagaan, dll), ahli (anggota) sesuatu suruhanjaya; 2. = ~ agung = ~ tinggi pesuruhjaya tinggi (orang yg mewakili sesebuah negeri komanwel di negeri komanwel yg lain); 3. = ~ polisi pesuruhjaya polis (pegawai polis yg mengetuai pasukan polis di sesuatu kawasan atau negeri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komisariat | IB 1. jawatan (pejabat, urusan) komisaris; 2. pejabat pesuruhjaya polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |