peta | 1 gambar atau lukisan yg menunjukkan kedudukan sesuatu kawasan muka bumi (dgn sungai, sempadan, gunung dll). 2 hasil drpd melukis atau menggambar; lukisan; gambar. ~ angin peta yg menunjukkan arah perjalanan angin. ~ bit ist susunan bintik utk membentuk imej atau gambar pd skrin komputer. ~ bumi peta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai). ~ kontur peta yg menunjukkan kontur sesuatu kawasan. ~ lakar peta yg dibuat secara kasar saja. ~ magnet gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). ~ topo peta yg lengkap bagi sesuatu kawasan yg menunjukkan kedudukan sungai (bandar, bangunan, jalan raya, sawah dll). memeta membuat peta; melukis peta. memetakan 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta: Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu. 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 ki menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. pemetaan perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peta I | 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peta antarabangsa | peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peta | 1 gambar atau lukisan yg menunjukkan kedudukan sesuatu kawasan muka bumi (dgn sungai, sempadan, gunung dll). 2 hasil drpd melukis atau menggambar; lukisan; gambar. ~ angin peta yg menunjukkan arah perjalanan angin. ~ bumi peta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai). ~ kontur peta yg menunjukkan kontur sesuatu kawasan. ~ lakar peta yg dibuat secara kasar saja. ~ magnet gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). ~ topo peta yg lengkap bagi sesuatu kawasan yg menunjukkan kedudukan sungai (bandar, bangunan, jalan raya, sawah dll). memeta membuat peta; melukis peta. memetakan 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta:<i> Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu.i> 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 <i>ki i> menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. pemetaan perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. | Kamus Pelajar |
memetakan | 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda I | 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mempunyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamat-amati: marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyurih | 1 orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. 2 bahan pengesan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
carta | 1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah; ~ alir = ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menunjukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagibahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; mencartakan 1. merakamkan sesuatu maklumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyusun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; pencarta (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surih I | garisan yg halus panjang; jalur kecil; coret: kertas ~ kertas tipis yg digunakan utk menyalin peta yg diletakkan di bawahnya. menyurih 1 membuat garisan; menggores. 2 menyalin atau menekap peta dgn menggunakan kertas surih. penyurih 1 orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. 2 bahan pengesan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyurih | 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |