pewasiat | orang yg mewasiatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pewasiat | orang yg membuat (meninggalkan) wasiat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wasiat I | pesanan terakhir yg diucapkan atau yg telah ditulis oleh orang yg hampir meninggal dunia: surat ~ surat yg menyatakan pesanan orang yg meninggal. berwasiat berpesan atau membuat wasiat: Beliau ~ supaya sepertiga drpd hartanya diturunkan kpd cucunya. mewasiatkan memberi pesanan atau wasiat bkn dgn sesuatu: Beliau ~ sebahagian hartanya kpd yayasan kebajikan itu. pewasiat orang yg mewasiatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wasiat I | kehendak yg penghabisan yg disampaikan oleh orang yg hampir meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal; berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar telah ~ kpd Usamah dan tenteranya; mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris, mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian harta; pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |