picit | ; memicit menekan-nekan dgn jari; meramas-ramas dgn jari: ~ bisul menekan bisul supaya keluar nanahnya. memicit-micit mengurut (badan dsb): Dia ~ kaki neneknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
picit | ; lampu ~ lampu suluh yg dinyalakan dgn menekan tombolnya; tukang ~ tukang urut; memicit memecal, memijit, mengurut: ia ~ hon; Hendon ~-micit dahinya beberapa kali; terpicit 1. tertekan; 2. terurut; picitan pijitan, tekanan, urutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
picit; memicit | menekan-nekan dgn jari; meramas-ramas dgn jari: ~ bisul menekan bisul supaya keluar nanahnya. memicit-micit mengurut (badan dsb): Dia ~ kaki neneknya. | Kamus Pelajar |
urut I | ; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senter I | (sénter, séntér) Id 1. = lampu ~ lampu picit; 2. lampu yg boleh menyinarkan cahaya jauh-jauh, lampu corong; gambar ~ gambar bayangan di atas layar (spt wayang) tetapi tidak bergerak; menyenter, menyenteri menerangi dgn lampu picit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suluh | 1 benda (spt daun kelapa kering yg dibakar) yg digunakan utk menerangi; obor: lampu ~ lampu yg menggunakan bateri; lampu picit. 2 = penyuluh orang yg tugasnya mencari rahsia; perisik. bersuluh menggunakan suluh: Sudah terang lagi ~. bersuluhkan menggunakan sesuatu sbg suluh. menyuluh 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. menyuluhkan menghalakan cahaya lampu dsb pd: ~ lampu ke arah cermin. penyuluhan 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. penyuluh 1 orang yg menyuluh. 2 pengintip; perisik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lampu picit | lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tukang picit | tukang urut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampu picit | lampu suluh yg dinyalakan dgn menekan tombolnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampu picit | suluh yg menggunakan bateri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |