syarah II | 1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan; 2. = syarahan ceramah, pidato; bersyarah memberi ceramah, berpidato, berucap: ia hendak ~ kpd pengundi-pengundi pd masa pilihan raya; mensyarahkan membicarakan sesuatu perkara (dlm bentuk syarahan), menceramahkan: beliau juga meneliti pemikiranpemikiran lama Yunani dan ~nya; syarahan 1. ceramah, pidato, ucapan: ia mendengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah; pensyarah 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarahan | ceramah, pidato; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarahan | 1. ceramah, pidato, ucapan: ia mendengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pidato | 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengucap | 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ucap | apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |