pimpin | ; berpimpin 1 = ~ tangan (jari) berpegangan tangan (jari) antara dua orang yg berjalan bersama-sama. 2 dibimbing: Yg buta datang ~. memimpin 1 memegang tangan utk menunjukkan jalan dll; membimbing: Dia berjalan-jalan sambil ~ anaknya. 2 menjadi ketua kpd sesuatu pasukan atau pergerakan; mengetuai; mengepalai: Biarlah saya sendiri yg ~ tentera Islam utk menghadapi Maharaja Parsi di tanah airnya. 3 mendidik supaya menjadi pandai (dpt bekerja sendiri dll); melatih; mengasuh: Guru hendaklah pandai ~ murid-muridnya. pimpinan 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. pemimpin orang yg memimpin: ~-~ politik tanah air telah bersidang semalam. kepemimpinan hal-hal yg berkaitan dgn pemimpin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pimpin II | sj tumbuhan (pokok memanjat), lada hitam hutan, Piper malaccense. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpin I | ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpin; berpimpin | 1 = ~ tangan (jari) berpegangan tangan (jari) antara dua orang yg berjalan bersama-sama. 2 dibimbing: Yg buta datang ~. memimpin 1 memegang tangan utk menunjukkan jalan dll; membimbing: Dia berjalan-jalan sambil ~ anaknya. 2 menjadi ketua kpd sesuatu pasukan atau pergerakan; mengetuai; mengepalai: Biarlah saya sendiri yg ~ tentera Islam utk menghadapi Maharaja Parsi di tanah airnya. 3 mendidik supaya menjadi pandai (dpt bekerja sendiri dll); melatih; mengasuh:<i> Guru hendaklah pandai ~ murid-muridnya.i> pimpinan 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: <i> Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu.i> 2 yg dipimpin oleh: parti ~ <i>Tun Abdul Razak.i> pemimpin orang yg memimpin: ~-~<i> politik tanah air telah bersidang semalam.i> kepemimpinan hal-hal yg berkaitan dgn pemimpin. | Kamus Pelajar |
Dewan pimpinan | Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dll) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpin | bp memimpin; pimpin I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keantarabangsaan | keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antarabangsa | 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warganegaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ pergolakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pembangunan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewan | (déwan) 1. balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll): Tuan Syed Nasir telah memberi ceramah berkenaan dgn Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar; 2. perbadanan (institusi, lembaga, dll) yg bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dll) dlm sesuatu bidang kegiatan dsb: D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan; D~ Bahasa dan Pustaka; D~ Bandaraya; D~ Perniagaan; 3. sl mahkamah tinggi; D~ Keadilan majlis tertinggi bkn adat di NS; D~ Keamanan Id a) Majlis Keselamatan BB; b) = D~ Keamanan Nasional dewan yg ditubuhkan oleh kerajaan utk mengawasi (menjaga) keamanan negeri; D~ Menteri Id jemaah menteri, kabinet; D~ Moneter Id lembaga yg berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negara; D~ Nasional Id majlis yg mewakili masyarakat utk memberi nasihat kpd kerajaan; D~ Negara a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis tertinggi bkn adat; D~ Negeri majlis mesyuarat negeri; ~ penasihat Id majlis yg memberi nasihat; ~ pengawas(an) Id dewan yg bertugas utk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dll); ~ perancang Id majlis yg merancang pembangunan negara; D~ Perwakilan Rakyat Id a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan Negeri; ~ pimpinan Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dll); D~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya); D~ Undangan Negeri (Persekutuan) majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |