pimpin | ; berpimpin 1 = ~ tangan (jari) berpegangan tangan (jari) antara dua orang yg berjalan bersama-sama. 2 dibimbing: Yg buta datang ~. memimpin 1 memegang tangan utk menunjukkan jalan dll; membimbing: Dia berjalan-jalan sambil ~ anaknya. 2 menjadi ketua kpd sesuatu pasukan atau pergerakan; mengetuai; mengepalai: Biarlah saya sendiri yg ~ tentera Islam utk menghadapi Maharaja Parsi di tanah airnya. 3 mendidik supaya menjadi pandai (dpt bekerja sendiri dll); melatih; mengasuh: Guru hendaklah pandai ~ murid-muridnya. pimpinan 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. pemimpin orang yg memimpin: ~-~ politik tanah air telah bersidang semalam. kepemimpinan hal-hal yg berkaitan dgn pemimpin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teraju | 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arahan | 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arahan | 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpin I | ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk | 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung sesuatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan sesuatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup kemaluan anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegangan cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk manggis; (memegang) ~ negeri (negara) (memegang) pemerintahan negeri (negara); ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg tertinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang bahagian subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam sekeliling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencariannya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tampuk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas berpermata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komando | 1. perintah (dlm perbarisan dll), abaaba: ketua pasukan menjerit memberi ~; 2. perintah, pimpinan: di bawah ~ di bawah pimpinan, diperintah (oleh); memegang ~ memegang pimpinan; 3. unit (atau anggota) khas dlm angkatan tentera yg dilatih khusus utk melakukan serangan mengejut terhadap musuh: pendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pd malam hari; mengomando memberi komando atau perintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpinan | 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pimpinan | 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arahan | 1. pimpinan; kelolaan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2. perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. | Kamus Pelajar |