riding | 1. sl sj jaring besar (utk menangkap kijang dll); 2. sl kayu-kayu kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dll: maka diintai oleh Badang dr balik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
razia | IB penangkapan beramai-ramai, penggerebekan (penjahat, orang yg berbahaya, dll): polis mengadakan ~ antara pelacur-pelacur yg melacurkan dirinya di pinggir-pinggir jalan; merazia menangkap beramai-ramai, menggerebek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepi | 1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umumnya, siswazah tempatan akan ~ dan tersingkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan mengetepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpulkannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiatan kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ke tepi | arah ke pinggir, pergi ke pinggir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggir | tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, mengetepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana dianggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan terpinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang berpengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesampingkan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggir sungai | tebing sungai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggir bandar | kawasan di sekeliling kawasan bandar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggir kad(card edge) | Bahagian hujung kad tebuk. | Kamus Komputer |
penajaman pinggir(edge sharpening) | Proses menajamkan pinggir objek digital yang kabur. | Kamus Komputer |
pinggir | bahagian tepi sesuatu: ~ jalan; ~ laut. pinggiran (sesuatu) yg terletak di pinggir: tanah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |