pinggul | tulang pangkal paha sebelah sisi atau sebelah belakang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pinggul | Mn pangkal paha bahagian belakang, punggung, pantat (bokong); berat ~ pemalas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paha I | 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku; ~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang); bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat pinggul | pemalas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punggung | 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menyerupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan punggung, membelakang; 2. ki tidak hendak mempedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggang | bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd bahagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah perahu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggang | bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengelek anak | mendukung anak di rusuk (di atas pinggul). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pinggang | bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. | Kamus Pelajar |
tulang femur | ist tulang yg paling panjang dlm badan, iaitu dr pinggul hingga ke lutut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |