Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gerbang II1. = pintu ~ pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura; 2. ki alam: memasuki ~ perkahwinan; 3. (Komp) portal.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelangsardpt bergerak dgn lancar: pintu ~ pintu yg dpt dibuka (ditutup) dgn menolaknya ke kiri atau ke kanan. menggelangsar 1 bergerak dgn lancar; meluncur. 2 jatuh ke muka; menggelincir jatuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepak1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak­-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibar­kan (sayap).Kamus Dewan Edisi Keempat
pintu1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis.Kamus Dewan Edisi Keempat
adang; adang-adang sesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu. mengadang 1 mengadakan rintangan atau halangan dgn mendepangkan tangan dll; menghalang; menyekat: Budak-budak nakal telah ~ jalan itu dgn dahan-dahan kayu. 2 menunggu dgn maksud hendak menyerang hendap. mengadangkan menjadikan sesuatu sbg adang-adang: ~ tangan mendepangkan tangan utk menghalang orang dll. pengadang 1 sesuatu yg mengadang; perintang. 2 orang yg mengadang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengunci1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengunci1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
ambang I1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada di ~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal menem­puh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu); mengambang merintangi, menahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintu1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
injap1 pintu lukah yg berbentuk spt corong utk memungkinkan ikan masuk tetapi menyekatnya drpd keluar semula. 2 benda (tiub dsb) yg menahan angin atau air mengalir ke belakang atau ke luar. ~ ekzos injap pd sebatang silinder di dlm sesebuah enjin pembakaran dalam yg mengawal kadar aliran gas yg digunakan. ~ elektronik injap yg membenarkan elektron mengalir melaluinya mengikut satu arah saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas