gapura (pintu gerbang) kehormatan | Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkung I | lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gapura | pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintu gerbang | pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pintu gerbang | pintu besar di sesebuah kota dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pintu gerbang | pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedaka III | pintu gerbang yg berbumbung dan dilengkapi bangku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawang seketeng | pintu gerbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
regol | (régol) Jw pintu gerbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelengkung | sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |