paip | 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2. = ~ air cerat panĀcuran air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~ dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok, pipa; memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia ~ aising di keliling kek itu; perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pipa | 1 benda bulat dan panjang yg digunakan utk menyalurkan sesuatu; pembuluh: ~ air. 2 alat penyambung rokok yg dibuat drpd kayu, gading dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pipa | 1. buluh-buluh, pembuluh, paip; 2. a) alat penyambung rokok (drpd tulang dll), paip; b) = ~ tembakau alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, paip; 3. Id = ~ pabrik cerobong asap (kilang); 4. sl bekas yg bulat tempat mengisi sesuatu, tong: tiada terkira-kira tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke dlm ~ bubuh garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pipa | 1 benda bulat dan panjang yg digunakan utk menyalurkan sesuatu; pembuluh: ~ air. 2alat penyambung rokok yg dibuat drpd kayu, gading dsb. | Kamus Pelajar |