gepeng | (gépéng) Jw pipih (kerana dipukul dll), penyek; bulat ~ bulat pipih; gepengan benda yg pipih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulat pipih | bulat serta pipih bentuknya spt bentuk duit syiling. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulat pipih | bulat dan pipih (spt duit syiling); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacing pita (pipih) | . cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekap | penudung yg pipih atau mungkum (spt tapak tangan pd mulut). bertekap bertudung atau bertutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: ~ mulut menutup mulut dgn tapak tangan. menekap 1 menudung atau menutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: Dia ~ mulut anaknya yg sedang menangis. 2 meniru peta dll dgn menggunakan kertas yg tipis (spt kertas surih). menekapkan 1 menutupkan sesuatu pd: Dia ~ sapu tangan pd mukanya. 2 meniru peta dll (dgn menggunakan kertas tipis) utk: Dia ~ adiknya peta Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keping I | 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pipih | 1 rata serta tipis; leper: bulat ~ bulat serta pipih bentuknya spt bentuk duit syiling. 2 tidak mancung (bkn hidung); pesek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pipih | 1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling dll); 2. kemik, pesek (hidung); memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata; memipihkan menjadikan pipih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyek | /pényék/ pipih kerana terhimpit dll. memenyekkan membuat sesuatu menjadi pipih dgn menekannya kuat-kuat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pipih | 1 rata serta tipis; leper: bulat ~ bulat serta pipih bentuknya spt bentuk duit syiling. 2 tidak mancung (bkn hidung); pesek. | Kamus Pelajar |