Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,

Puisi
 

Tanam sirih dalam telaga,
     Pisang rastali atas raga;
Sekalian waris tidak suka,
     Baik kita berwalikan raja.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
laku1. cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2. banyak dibeli orang; sudah dijual; laris:Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3. dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1. sedang berlangsung atau berjalan; terjadi:Suatu pergaduhan telah ~ antara seorang India dgn seorang Cina. 2. berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3. menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4. dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peratuan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1. menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2. menjadikan laku; melariskan jualan:Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3. membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1. menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap:Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2. mengabulkan; memperkenankan:Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai:Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1. orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2. yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1. seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2. sebagai:~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu.Kamus Pelajar

Kembali ke atas