Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : ; burung ~ raut sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : besi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisau raut ulu sekerat,
     Pakai anak panglima desa;
Dari laut naik ke darat,
     Memang nak cari senjata yang bisa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Pisau bongkok melukakan sarungnya.

Bermaksud :

Mengkhianati orang yang melindunginya.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyadursadap, = pisau ~ pisau yg digunakan utk memotong bahagian-bahagian ter­­tentu pd tumbuh-tumbuhan (utk me­ngeluarkan air atau getah). menyadap mengeluarkan air atau getah dr pohon dgn memotong bahagian-bahagian tertentu: ~ kelapa mengambil nira kelapa dgn memotong mayangnya. pe­nyadap 1 orang yg kerjanya menyadap: Maka tuan puteri pun berkahwinlah dgn anak ~ itu. 2 pisau dll yg digunakan utk menyadap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wali II, = pisau ~ pisau kecil yg digunakan utk mengukir kayu dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkampuhmemakai kampuh sbg selimut dll, berselimut dll dgn kampuh; pisau ~ pisau yg bermata dua pd hujungnya; dek sukar ~ ijuk, nan adat diturut jua Mn prb bagaimana miskin sekalipun, adat terpaksa diturut juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
sadap1. Kd sj alat yg hulunya lebih panjang drpd hulu sabit, digunakan utk memotong rumput; 2. = pisau ~ pisau pemotong (peno-reh dll) utk mengambil air atau getah drpd pokok: dikeluarkan ~nya, disadapnya anggur itu; menyadap 1. mengeluarkan air drpd pokok dgn memotong (menoreh) bahagian-bahagian yg tertentu; ~ kelapa mengambil nira dgn memotong mayangnya; 2. Id mengeluarkan darah dll dr badan (dgn menggunakan pem-buluh getah dll); sadapan sesuatu yg disadap, hasil menyadap: ia sangat gembira menerima hadiah ~ itu; penyadapan perbuatan menyadap; penyadap 1. orang yg menyadap: maka ada seorang ~ pergi bermain ke laut; 2. alat atau perkakas utk menyadap (spt pisau sadap dll); 3. Id pembuluh getah utk menampung air ken-cing.Kamus Dewan Edisi Keempat
lipat1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis­-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menye­lubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cukur I; pisau ~ a) pisau utk mencukur rambut (janggut dll); b) ki perempuan yg meng­habiskan wang (harta) lelaki; tukang ~ orang yg menggunting (memotong) rambut (janggut dll), tukang gunting; bercukur 1. memotong (membersihkan) jambang dll dgn pisau cukur; 2. sudah dibersihkan (dipotong) jambang dll dr muka; mencukur 1. memotong (membersihkan) rambut dll dgn pisau cukur dll: baru petang semalam, jambangnya dicukur; 2. bp me­ngalahkan (menewaskan) dgn teruknya (ter­utama dlm perlawanan bola sepak); ~ kepala prb perbuatan yg memalukan keluarga; pencukuran perihal (perbuatan dsb) men­cukur; pencukur 1. pisau dll utk mencukur; 2. orang yg mencukur, tukang cukur.Kamus Dewan Edisi Keempat
raut I; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan, menghaluskan) ro­tan dll, seraut, siraut; beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun); meraut meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
pisau Isj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kilir; mengilir menajamkan atau mengasah (pisau dll): ~ pisau. kiliran alat (spt batu) utk mengasah pisau dll; pengasah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sadap, = pisau ~pisau yg digunakan utk memotong bahagian-bahagian tertentu pd tumbuh-tumbuhan (utk mengeluarkan air atau getah).Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas