pisau calung | sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisau I | sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan meĀrasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan perĀtolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |