Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pisau lipatpisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pisau lipatpisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam;Kamus Dewan Edisi Keempat
cakupisau lipat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerempagisj pisau cukur, pisau lipat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pisau lipatsj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lipat1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis­-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menye­lubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pisaubesi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pisau Isj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
pisaubesi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll.Kamus Pelajar

Kembali ke atas