Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ko/] | ڤوکوق

Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tebas Ibertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor­­-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebas; bertebas (sudah) dipotong atau dirambah (bkn pokok-pokok kecil atau semak): Semak-semak di belakang rumahnya sudah ~. menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil dsb: Mereka sedang ~ semak. ~ hutan menebang pokok-pokok hutan utk bercucuk tanam dsb. menebaskan 1 menebas utk orang lain. 2 menjadikan sesuatu sbg alat utk menebas: ~ pedang pd tiang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyulam1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menye­lang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sulam II; menyulam 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menye­lang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menebasmemotong atau merambah pokok-pokok kecil dsb: Mereka sedang ~ semak. ~ hutan menebang pokok-pokok hutan utk bercucuk tanam dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hutankawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok (yg biasanya tidak dipelihara orang); rimba: Mereka pergi ke ~ mencari kayu api. ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok bakau. ~ belantara hutan yg besar. ~ lepas (rimba) hutan yg besar (yg belum dibuka orang). ~ lipur hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. ~ simpan kawasan hutan yg pokoknya tidak boleh ditebang. perhutanan ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja-kerja yg berkaitan dgn hutan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pangkas; berpangkas 1 bergunting (rambut): Rambutnya belum ~. 2 menjadi pendek kerana dipotong: Pokok-pokok teh itu kelihatan spt ~ tepinya. memangkas 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. pangkasan hasil drpd memangkas. pemangkasan perbuatan memangkas: ~ pertama boleh dilakukan semasa batangnya tumbuh setinggi lebih kurang 0.6 meter. pemangkas 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tengkorak langa) sj tumbuhan (pokok), pokok madu, Aglaia argentea; b) sj tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggong, kedondong hutan, kerantai, Aglaia griffithii; c) sj tumbuhan (pokok), tengkohalang, Aglaia kingiana.Kamus Dewan Edisi Keempat
penantiorang yg menanti; penunggu. pokok ~ pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses percantuman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menebang menebasmenebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas