Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.ga.mi] | ڤوليݢامي

Definisi : (Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang pd masa yg sama; berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
poligami (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan poliandri, permaduan, banyak isteri;,
Kata Terbitan : berpoligami,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
poligami(Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang pd masa yg sama; berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpoligamimengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti.Kamus Dewan Edisi Keempat
poli-awalan asing banyak, mis poligami, poliklinik dan poliglot.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghapusanperihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
permaduan1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
peruntukan1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat
hikmah1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer­dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se­balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijak­sanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragam­kan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang.Kamus Dewan Edisi Keempat
madu II1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri; 2. ki saingan dlm percintaan; bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya); memadukan menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; mempermadukan menjadikan (membiar­kan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan; permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
hapus1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersih­kan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan se­suatu; 2. orang yg menghapuskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
untuk1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas