Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
polis1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. ang­gota pasukan polis, mata-mata; ~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pa­sukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mata-mata1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat);Kamus Dewan Edisi Keempat
merinyu1. sl polis tentera; 2. = ~ polis nama pangkat (dlm pasukan polis) yg lebih rendah drpd penguasa polis, inspektor; 3. orang yg memeriksa utk memastikan peraturan, pia­wai, dsb tertentu dipatuhi, pemeriksa, inspek­tor; ~ makanan pemeriksa makanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
trafik1 kenderaan yg lalu-lalang di jalan raya. 2 pergerakan kenderaan dsb di sesuatu tempat; lalu lintas: polis ~ polis yg mengawal lalu lintas. ~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dlm sesuatu ruang udara (angkasa).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tangsi I1. asrama (polis, tentera), berek: kira-kira setengah jam kemudian sampailah mere­ka ke ~ polis; anak ~ anak serdadu; 2. ark bp penjara.Kamus Dewan Edisi Keempat
inspektor(inspéktor) 1. pegawai yg memeriksa sama ada peraturan, standard, dll dipatuhi atau tidak, pemeriksa, merinyu. 2. = ~ polis pegawai polis yg pangkatnya lebih tinggi drpd sarjan dan di bawah penguasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
balai1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
komisarisIB 1. orang yg dilantik utk men­jalankan sesuatu tugas (spt menjadi ahli lembaga pengurus pertubuhan, badan perniagaan, dll), ahli (anggota) sesuatu suruhan­jaya; 2. = ~ agung = ~ tinggi pesuruhjaya tinggi (orang yg mewakili sesebuah negeri komanwel di negeri komanwel yg lain); 3. = ~ polisi pesuruhjaya polis (pegawai polis yg mengetuai pasukan polis di sesuatu kawasan atau negeri).Kamus Dewan Edisi Keempat
patroliIB 1. perondaan oleh polis (tentera) utk menjaga keselamatan dll: pasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; 2. anggota-anggota polis (tentera) yg me­ronda (utk menjaga keselamatan dll): ~ yg sedang bertugas ditembak mati; 3. = ber­patroli meronda (utk menjaga keselamatan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
patrolIB 1. perondaan oleh polis (tentera) utk menjaga keselamatan dll: pasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; 2. anggota-anggota polis (tentera) yg me­ronda (utk menjaga keselamatan dll): ~ yg sedang bertugas ditembak mati; 3. = ber­patroli meronda (utk menjaga keselamatan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas