popi | nama sj tumbuh-tumbuhan berbunga merah atau putih (getahnya boleh dibuat candu), Papaver spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
popi II | IB, bp anak-anakan, boneka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
popi I | sj tumbuhan (herba yg berbunga merah), Papavar somniferum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
popi | nama sj tumbuh-tumbuhan berbunga merah atau putih (getahnya boleh dibuat candu), <i>Papaver. sppi> | Kamus Pelajar |
candu | 1 bahan yg diperoleh dr buah (biji) popi dan sudah dimasak; madat. 2 benda pekat dan berwarna hitam yg keluar dr rokok atau paip yg dihisap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
candu | 1. sj bahan yg disediakan drpd biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal utk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sbg dadah utk mengkhayalkan diri dsb); ~ mentah candu yg belum dimasak atau diproses sehingga sedia utk digunakan; 2. = ~ rokok cecair yg pekat hitam yg keluar dr rokok atau lubang paip yg dihisap; 3. = mencandu ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; mencandu 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; mencandui 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; kecanduan ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan; pencandu 1. penghisap candu; 2. ki penggemar, peminat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
candu | 1. bahan yg diperoleh dr buah (biji) popi dan sudah dimasak; madat. 2. benda pekat dan berwarna hitam yg keluar dr rokok atau paip yg dihisap. | Kamus Pelajar |
kaskas | biji kecil berwarna hitam kebiru-biruan yang diperoleh daripada pokok popi dan digunakan sebagai perasa dalam masakan | Kamus DBP versi dalam Talian |