berpenggal-penggal | 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggal | 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal (kepala). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong wajik | bentuk spt bentuk wajik yg dipotong menyerong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potong dan tampal | kaedah memindahkan sebahagian teks atau grafik (komputer) dr suatu kedudukan ke kedudukan yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potong leher | a. memenggal leher. b. menjual barang-barang dgn harga yg tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potong jalan | mendahului atau mengambil peluang orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potong ayam | menyembelih ayam; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potong | 1 kepingan (ketul) benda yg telah dikerat: se~ daging; tiga ~ lemang. 2 bp memotong (memenggal, mengerat): ~ ayam menyembelih ayam; ~ jalan mendahului atau mengambil peluang orang lain. ~ leher a. memenggal leher. b. menjual barang-barang dgn harga yg tinggi. 3 ist tindakan memotong sebahagian drpd imej objek dlm grafik komputer. 4 ist tindakan mengeluarkan teks atau grafik drpd dokumen. ~ dan tampal kaedah memindahkan sebahagian teks atau grafik (komputer) dr suatu kedudukan ke kedudukan yg lain. ~ wajik bentuk spt bentuk wajik yg dipotong menyerong. memotong 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. potongan 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. pemotongan perbuatan atau hal memotong. pemotong 1 alat yg digunakan utk memotong: pisau ~ kuih. 2 orang yg kerjanya memotong: ~ getah penoreh getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potong wajik | potongan (kuih dll) yg berbentuk empat persegi menyerong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong trip | bp merampas peluang orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |