potong | 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (lakilaki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, perjalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal dsb), pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong-memotong | 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedes | (dédés) I 1. potong (kerat, hiris) tipis-tipis (bkn daging dll); 2. Kl habis, kikis, licin; mendedes 1. memotong (mengerat, menghiris) tipis-tipis; 2. Kl menghabiskan (mengikis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggal | 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal (kepala). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencarah | 1. memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil; 2. menjual berpotong-potong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carah | Mn; bercarah sedikit-sedikit; mencarah 1. memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil; 2. menjual berpotong-potong; mencarahkan menjual sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong | 1 kepingan (ketul) benda yg telah dikerat: se~ daging; tiga ~ lemang. 2 bp memotong (memenggal, mengerat): ~ ayam menyembelih ayam; ~ jalan mendahului atau mengambil peluang orang lain. ~ leher a. memenggal leher. b. menjual barang-barang dgn harga yg tinggi. 3 ist tindakan memotong sebahagian drpd imej objek dlm grafik komputer. 4 ist tindakan mengeluarkan teks atau grafik drpd dokumen. ~ dan tampal kaedah memindahkan sebahagian teks atau grafik (komputer) dr suatu kedudukan ke kedudukan yg lain. ~ wajik bentuk spt bentuk wajik yg dipotong menyerong. memotong 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. potongan 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. pemotongan perbuatan atau hal memotong. pemotong 1 alat yg digunakan utk memotong: pisau ~ kuih. 2 orang yg kerjanya memotong: ~ getah penoreh getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayat | penjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong atau yg dihiris; potong; kerat: kurang se~ sebelanga. menyayat 1 memotong sesuatu tipis-tipis dgn benda tajam; meracik sesuatu halus-halus: ~ daging. 2 menghiris utk memisah-misahkan atau utk menguliti: ~ ayam menanggalkan kulit ayam dr dagingnya. 3 ki menimbulkan rasa pedih (hati dsb): Peristiwa pembunuhan itu memang ~ hati. tersayat 1 terpotong atau terhiris sedikit; terkoyak sedikit: Hujung jarinya ~ kena sembilu. 2 ki tersinggung (perasaan) yg amat sangat; terasa pedih (hati dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gunting | 1. alat utk memotong kain (rambut, kertas, dll) yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan; ~ babi sj perangkap babi yg menggunakan pisau; ~ tiket alat untuk menebuk lubang pd tiket; tukang ~ rambut tukang potong rambut; 2. bentuk atau potongan (baju, rambut, dll): baju ~ Cina; rambut ~ GI; spt ~ makan di hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam; bergunting 1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi; menggunting 1. memotong dgn gunting,memangkas (rambut dll); 2. Id menipu,mencatut;~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan sahabat (bangsa dll)sendiri;mengguntingkan menggunting (kain dll)utk dijadikan sesuatu (baju dll): kalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju; guntingan 1. hasil drpd menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dll); 2.(Komp) gambar atau teks yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain;penggunting 1. orang yg menggunting; 2.alat utk menggunting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong | 1 kepingan (ketul) benda yg telah dikerat: se~ daging; tiga ~ lemang. 2 bp memotong (memenggal, mengerat): ~ ayam menyembelih ayam; ~ jalan mendahului atau mengambil peluang orang lain. ~ leher a. memenggal leher. b. menjual barang-barang dgn harga yg tinggi. 3 ~ wajik bentuk spt bentuk wajik yg dipotong menyerong. memotong 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal; menggunting: ~ baju; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas; menyelangi (percakapan orang): Jika kamu memandu kereta jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 5 menoreh getah. potongan 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. pemotongan perbuatan atau hal memotong. pemotong 1 alat yg digunakan utk memotong: pisau ~ kuih. 2 orang yg kerjanya memotong: ~ getah penoreh getah. | Kamus Pelajar |