prestasi /préstasi/ | hasil dan mutu yg diperoleh (dicapai) dlm menjalankan sesuatu tugas; pencapaian: ~nya semakin merosot. | Kamus Pelajar |
prestasi | /préstasi/ hasil dan mutu yg diperoleh (dicapai) dlm menjalankan sesuatu tugas; pencapaian: ~nya semakin merosot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda aras | ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rekod | (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda aras | tanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg digunakan utk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi; penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prestasi | hasil yg telah diperoleh (dicapai dll), pencapaian: kekurangan kakitangan dikatakan telah menjejaskan ~ sesetengah jabatan; berprestasi mempunyai (menunjukkan) prestasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerosotkan | menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggunaan(utilization) | Prestasi kekerapan dan jumlah pengguna bagi sesuatu sumber dalam satu tempoh masa. | Kamus Komputer |
memecahkan rekod | mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosot | 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |