privasi | keadaan atau suasana seseorang tidak diganggu atau tidak mengalami sebarang gangguan: Tidak ada ~ di tempat yg sibuk begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
privasi | keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebersendirian | perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendiri | 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |