profesion /profésion/ | pekerjaan yang memerlukan didikan yg tinggi dan latihan yg khusus spt dlm bidang perubatan, seni bina dll. | Kamus Pelajar |
profesion | /profésion/ pekerjaan yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yg melalui latihan khusus dan berterusan, spt dlm bidang perubatan, seni bina dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesion | (profésion) pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
profesional | /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesional /profésional/ | 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg terlibat dgn profesion tertentu spt doktor, peguam dsb. 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (spt sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek adalah pemain badminton ~. | Kamus Pelajar |
vokasional | 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus (latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~; sekolah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
profesional | (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
profesi | (profési) Id profesion. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karier | kerja atau profesion yg menjadi kegiatan berpanjangan seseorang dlm hidupnya, kerjaya: bidang penterjemahan itu sendiri dapat dijadikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leksikografi | (léksikografi) proses atau profesion menyusun kamus, perkamusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |