profesional /profésional/ | 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg terlibat dgn profesion tertentu spt doktor, peguam dsb. 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (spt sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek adalah pemain badminton ~. | Kamus Pelajar |
profesional | /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesional | (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keprofesionalan | kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keprofesionalan | kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pro II | bp singkatan bagi profesional (terutamanya ahli sukan profesional): tiada pemain ~ yg memenangi sesuatu kejohanan dua kali di gelanggang yg sama; dia diterima menjadi pemain ~ keenam persatuan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikhtisas | 1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan; mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golongan profesional | golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semi-profesional | (sémiprofésional) bkn orang yg mengambil bahagian dlm sesuatu kegiatan utk mendapatkan bayaran tetapi bukan sbg pekerja tetap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pro II | bp profesional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |