penguatkuasaan | perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
program komputer(computer program) | Lihat atur cara komputer. | Kamus Komputer |
program | 1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (pertunjukan pentas dll). | Kamus Pelajar |
memprogramkan | 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perangka | orang yg merangka (program, rancangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kementerian Pendidikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perjanjian program | persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memprogramkan | 1 mengatur atau menyusun rancangan, aktiviti dsb mengikut program: Semua aktiviti dlm kursus itu telah diprogramkan. 2 memasukkan program atau atur cara ke dlm komputer supaya sesuatu tugas dpt dijalankan mengikut arahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
program | 1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (majlis rasmi dll). 3 arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkan data diproses atau dikendalikan oleh komputer; atur cara. memprogramkan 1 mengatur atau menyusun rancangan, aktiviti dsb mengikut program: Semua aktiviti dlm kursus itu telah diprogramkan. 2 memasukkan program atau atur cara ke dlm komputer supaya sesuatu tugas dpt dijalankan mengikut arahan. pemprograman proses atau hal memprogramkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
program | 1. rancangan yg menentukan dasardasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahun akademik | seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; | Kamus Dewan Edisi Keempat |