program | 1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (majlis rasmi dll). 3 arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkan data diproses atau dikendalikan oleh komputer; atur cara. memprogramkan 1 mengatur atau menyusun rancangan, aktiviti dsb mengikut program: Semua aktiviti dlm kursus itu telah diprogramkan. 2 memasukkan program atau atur cara ke dlm komputer supaya sesuatu tugas dpt dijalankan mengikut arahan. pemprograman proses atau hal memprogramkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
program | 1. rancangan yg menentukan dasardasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memprogramkan | 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur cara(program) | 1. Ungkapan formal dalam bahasa rekaan yang menyatakan jujukan tindakan yang perlu dilakukan oleh komputer untuk memproses data. 2. Tindakan menyediakan set suruhan bagi pelaksanaan dalam komputer. | Kamus Komputer |
atur cara tersimpan(stored program) | 1. Atur cara yang disimpan di dalam ingatan yang tidak meruap. 2. Lihat atur cara terselamat 2. | Kamus Komputer |
atur cara terselamat(saved program) | 1. Atur cara yang terselamat daripada bencana seperti kegagalan tidak boleh pulih atau serangan virus. 2. Atur cara yang disimpan di dalam ingatan kekal semasa ia digunakan untuk mengelakkan sebarang kejadian bencana. | Kamus Komputer |
atur cara semak(check program) | 1. Atur cara komputer yang digunakan untuk menyemak sesuatu perkara. 2. Rancangan atau senarai yang disusun bagi tujuan penyemakan sesuatu perkara. | Kamus Komputer |
atur cara pengawas(monitor program) | 1. Perisian yang bertugas mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sesuatu sistem atau proses. 2. Atur cara komputer yang bertugas menyediakan kod mesin daripada atur cara dalam bahasa sumber. 3. Atur cara yang berfungsi menyemak keadaan ralat yang boleh berlaku apabila atur cara dilaksanakan. Ralat ini boleh berbentuk limpahan angka, gelung tak berkesudahan atau percubaan menggunakan ingatan terlindung. Apabila ralat terjadi,atur cara pengawas akan cuba memulihkan ralat dan memberikan diagnosis keadaan. 4. Atur cara sistem pengendalian bagi sistem mikropemproses. | Kamus Komputer |
atur cara pembetulan(correction program) | 1. Atur cara yang perlu dijalankan selepas atau sewaktu kegagalan komputer berlaku untuk membetulkan semula sistem. 2. Atur cara yang akan membetulkan ralat pada input yang mungkin berpunca daripada pengendali atau punca luar yang lain. | Kamus Komputer |
atur cara kawalan(control program) | 1. Atur cara yang memandu pemproses melakukan pemprosesan. 2. Atur cara sistem pengendalian komputer yang bertanggungjawab menguruskan komputer dan sumbernya. | Kamus Komputer |