pengatur cara(programmer) | 1. Lihat pengatur cara komputer. 2. Peranti yang digunakan untuk mengatur cara peranti lain secara automatik. | Kamus Komputer |
pengatur cara PROM(PROM programmer) | Peranti yang digunakan untuk mengatur cara cip PROM | Kamus Komputer |
pengatur cara komputer(computer programmer) | Orang yang bertugas mereka bentuk, mengarang, menguji, dan menyelenggarakan atur cara komputer. | Kamus Komputer |
pengatur cara EPROM(EPROM programmer) | Peranti yang digunakan untuk mengatur cara cip EPROM. | Kamus Komputer |
pembetulan ralat pengatur cara(programmer error correction) | Pengesanan untuk menentukan punca ralat dan tindakan pembetulan yang dilakukan oleh pengatur cara komputer selepas dikesan terjadinya ralat dalam hasil pemprosesan. | Kamus Komputer |
ketua pengatur cara(chief programmer) | Pengatur cara kanan yang mengepalai kumpulan sesuatu projek kejuruteraan perisian. Tanggungjawab utama ketua pengatur cara adalah untuk menentukan reka bentuk keseluruhan perisian, mengarang bahagian terpenting atur cara, merancang, dan menguruskan kegiatan setiap ahli, menilai hasil kerja dan mengetahui dengan mendalam semua aspek teknikal sistem yang dibina. | Kamus Komputer |