propaganda | cara atau tindakan utk menghebahkan penerangan, ajaran, fahaman dll kpd orang ramai: ~nya disertai janji yg muluk-muluk. mempropagandakan menyiarkan pendapat dll dgn tujuan utk mencari pengikut atau mencari bantuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
propaganda | 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerangkan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan secara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
propaganda | cara atau tindakan utk menghebahkan penerangan, ajaran, fahaman dll kpd orang ramai: ~ nya disertai janji yg muluk-muluk. mempropagandakan menyiarkan pendapat dll dgn tujuan mencari pengikut atau mencari bantuan. | Kamus Pelajar |
perganda | IB, bp propaganda, dakyah; mempergandakan mempropagandakan, mendakyahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diayah | penyebaran sesuatu fahaman, ajaran dll utk mendapat sokongan; propaganda: Mereka telah menjalankan beberapa gerakan, antaranya ialah ~ atau kempen memburuk-burukkan kerajaan Umaiyah. mendiayahkan menyebarkan (sesuatu fahaman) sbg diayah. pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah atau mendiayahkan sesuatu fahaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diayah | penyebaran sesuatu fahaman, ajaran dll utk mendapat sokongan; propaganda:Mereka telah menjalankan beberapa gerakan, antaranya ialah ~ atau kempen memburuk-burukkan kerajaan Umaiyah. mendiayahkan menyebarkan diayah. pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah atau mendiayahkan sesuatu fahaman. | Kamus Pelajar |
mempertentangkan | menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melantamkan | 1. bersuara dgn kuat atau keras; 2. ki menjalankan diayah (propaganda dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banjiran | sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diayah | penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka; mendiayahkan menyebarkan diayah, mempropagandakan; pendiayahan perbuatan menyebarkan diayah; pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah: ~ komunis perlu diawasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |