prosedur | (prosédur) cara yg lazim utk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan memastikan yg dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dgn betul menurut ~ dan peraturan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
modus operandi | cara (prosedur dsb) utk melakukan (melaksanakan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperlembagakan | menjadikan perlembagaan: percubaan utk ~ prosedur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
modus | cara, gaya (aturan dll); ~ operandi cara (prosedur dsb) utk melakukan (melaksanakan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perakaunan | yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memproses | 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
algoritma | 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg ditentukan utk mencapai matlamat atau objektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatacara | 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ pembentukan istilah; ~ permohonan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
substantif | 1. (Udg) bkn peruntukan hak dr segi undang-undang (berbeza drpd prosedur undang-undang): undang-undang ~ memberikan hak, kewajiban, kebebasan, dan kuasa kpd orang ramai; 2. (Cetak) bkn kerja mengedit aspek isi sesebuah manuskrip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempatan(local) | 1. Kenyataan untuk memberitahu sistem bahawa pemboleh ubah, rutin, atau prosedur mempunyai pengaruh di kawasan tempat ia ditakrifkan sahaja. 2. Sifat peranti yang hanya mempunyai pengaruh di suatu kawasan terhad dalam sistem, dan bukan keseluruhan sistem. | Kamus Komputer |